May 25, 2012

Tablet 1Malaysia Pad Buatan Tempatan


Sejajar dengan perkembangan pesat teknologi di selurh dunia, Malaysia tidak mahu ketinggalan untuk turut serta mencipta nama. Justeru, sebuah syarikat tempatan MalTechPro Sdn Bhd telah memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali ’1Malaysia Pad’ yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh.


Tablet bersaiz 7 inci itu memuatkan pelbagai aplikasi terkini yang direka khusus mesra penggguna serta bercirikan identiti 1Malaysia seperti 1Malaysia Club dan 1Malaysia Mesengger (1MM), sekali gus membolehkan pengguna mengakses komunikasi dua hala komuniti 1Malaysia.

Bagi fasa 1, MalTech Pro menawarkan sebanyak 5000 unit tablet yang menggunakan sistem android dan dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G ini dengan harga serendah RM999. Untuk menggalakkan penggunaan tablet ini secara meluas, pelajar universiti yang memiliki kad diskaun siswa boleh memilikinya dengan harga lebih murah.

Buat masa ini, tempahan atas talian boleh dibuat di laman web www.maltechpro.com ataupun mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara.

©Eriyza : Tablet?? Belum menjadi keperluan utama buat masa ini.

Via : Harian Metro

1 Comment

SRI SHIVANI SARAWANAN Wed Nov 11, 09:22:00 PM

THANK YOU SO MUCH FOR HELPING ME. LOTS OF LOVE.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.