Jun 13, 2012

Cat Hijau Melekat Di Kulit


Gara-gara mahu kelihatan seperti watak Superhero Incredible Hulk, Paulo Henrique Dos Santos dari Vila Cruzeiro menghadapi masalah kerana warna hijau tersebut sukar dipadamkan dari tubuhnya. Paulo, 35, yang bertugas sebagai penjaga kolam dan DJ radio di Rio de Janeiro memilih imej Incredible Hulk untuk menghadiri satu majlis.


Oleh kerana cat yang biasa digunakan tiada di kedai, maka Paulo membeli cat hijau dari tempat lain. Malangnya, selepas majis berakhir, cat hijau itu kekal di tubuhnya walaupun dia telah mandi sebanyak 20 kali dalam masa dua hari. Dia tidak menyangka cat hijau yang dibelinya itu merupakan cat industri yang digunakan untuk peluru berpandu balistik dan kapal selam nuklear.


Takut dirinya terkena keracunan kulit, Paulo tidur beralaskan plastik dengan harapan agar cat tersebut tanggal tetapi tetap gagal. Akhirnya cat industri berwarna hijau itu berjaya dihilangkan setelah tubuh Paulo disental oleh sekumpulan rakan-rakan termasuk ibunya selama 24 jam tanpa henti.

©Eriyza : Tetap minat superhero bernama Gaban.

Via : DailyMail

1 Comment

Farah Deeb Thu Jun 14, 03:46:00 PM

Ish, ish, ishhh.. camnipun ade ek? Tang muke yang payah tu!
My latest Entry :)
Finally- Baiti Jannati siap sudah!

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.