Jun 13, 2012

Masjid Shanke Yadem Tinggalan Khairuddin


Di Malaysia, kita sering melihat masjid yang tersergam indah dengan kos jutaan ringgit. Tidak keterlaluan kalau penulis katakan, para arkitek saling berlumba untuk membina masjid unik bagi menonjolkan kehebatan seni bina masing-masing. Akan tetapi, tahukah anda bahawa ada sebuah masjid di Turki yang jauh lebih 'unik' mengatasi masjid² yang lain di seluruh dunia.


Penulis perkenalkan kepada anda sebuah masjid yang cukup unik bagi penulis bukan sahaja dari segi binaannya malah namanya juga. Masjid yang terletak di kampung Al Fateh di pinggir Istanbul, Turki ini dibiayai oleh seorang lelaki yang warak tetapi miskin bernama Khairuddin Afandi.


Walaupun miskin, Khairuddin berusahaa menyimpan wang untuk merealisasikan hajatnya untuk membina sebuah masjid. Untuk itu, dia sanggup berlapar asalkan wangnya dapat disimpan. Setiap kali perutnya berkeroncong lapar, Khairuddin akan berkata kepada dirinya sendiri 'Shanke Yadem’ yang bermaksud 'Anggap Saja Sudah Makan'.


Akhirnya Khairuddin berjaya membina sebuah masjid mengikut kemampuan dirinya iaitu dengan binaan asasnya adalah sebuah pagar empat segi, didirikan dua tiang menara di sebelah kiri dan kanannya, dan di sebelah arah kiblat ditanda sebuah mihrab. Masjid itu hanya berbumbungkan langit dan berkarpetkan rumput. Akan tetapi ramai jemaah menunaikan solat di masjid yang tidak sempurna itu.

Kemiskinan tidak pernah menghalang niat murni Khairuddin untuk mendirikan rumah Allah buat penduduk kampungnya. Usaha gigihnya itu mengagumkan banyak pihak bahkan mereka menamakan masjid itu sebagai Masjid Shande Yakem (Masjid Anggap Saja Sudah Makan) sempena ayat yang sering dituturkan oleh Khairuddin untuk memotivasikan dirinya sendiri.

Semoga lebih ramai 'Khairuddin Afandi' lahir di dunia Islam. Seorang manusia yang sanggup menghabiskan semua hartanya ke jalan Allah meskipun dirinya sendiri menahan lapar yang berpanjangan.

©Eriyza : Senario ini terlalu berbeza di Malaysia. Banyak masjid tersergam indah tetapi tiada jemaah.

Via : MyNewsHub

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.