Jun 16, 2012

Kekasih Tinggal Bersama Harimau Bengal


Sepasang kekasih dari Brakpan, Afrika Selatan menyukai haiwan lalu mengambil keputusan luar biasa untuk memelihara seekor harimau bengal dan 14 ekor anjing di rumah mereka. Michael Jamison, 37, dan Jackie Smit, 29, membeli harimau bengal yang diberi nama Enzo ketika haiwan itu berusia 9 minggu.


Setahun kemudian, Enzo membesar dengan cepat kerana diberi makan 5 kilogram daging sehari. Setiap hari 'ibu dan bapanya' akan menyuapkan susu untuk Enzo. Mereka turut bermain, menonton televisyen dan membawa Enzo bersiar-siar. Kini, Enzo lebih kerap ditinggalkan di rumah kerana fizikalnya yang besar tidak sesuai lagi untuk dimuatkan di dalam Lamborghini kuning mereka.


Menurut Michael, bermain bersama Enzo memberikannya pengalaman baru setiap hari. Dia perlu berwaspada ketika bergurau dengan Enzo kerana cakaran lembut sekali pun boleh menyebabkannya luka.


Walaupun Enzo dipelihara sama seperti haiwan belaan yang lain, ia tetap mempunyai ciri² liarnya. Pasangan ini perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan kerana memelihara harimau bukan semudah menjaga haiwan jinak.

©Eriyza : Tidak berminat untuk mempunyai haiwan peliharaan buat masa ini.

Via : DailyMail

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.