Aug 6, 2012

Mohd Shafiq Afandi Putus Dua Jari Kiri


Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun menjadi mangsa terbaru mercun bola apabila hujung dua jari kirinya terputus pada pagi Ahad, 5 Ogos 2012. Sebelum ini, seorang pemuda dan seorang budak cedera akibat letupan mercun bola. Mohd Shafiq Afandi Ramlee dirujuk ke Hospital Gua Musang (HGM) dalam keadaan berlumuran darah kerana putus hujung dua jari, malah tiga jari lagi turut hangus.


Kejadian tersebut berlaku di rumah jiran tidak jauh dari rumah mangsa di Kampung Kolam Emas, dekat sini, kirakira jam 9.30 pagi, ketika Mohd Shafiq Afandi bersama seorang lagi kakaknya, Nor Atirah, 9, pergi ke rumah jiran untuk bermain mercun.

Sebaik tiba di rumah tersebut, mangsa yang memegang mercun bola itu didatangi seorang rakan sebaya dengannya membawa mancis dan cucuh sumbu mercu berkenaan menyebabkan terus meletup.

Ketika ditemui di rumahnya, Mohd Shafiq Afandi berkata, dia sedar sumbu mercun itu dicucuh, tetapi tidak sempat untuk melontarnya lalu meletup dengan kuat di tangan sendiri.

“Adik pergi ke rumah jiran itu hanya untuk main-main bersama rakan sambil membawa sebiji mercun bola, tetapi rakan minta untuk dicucuh sumbunya menyebabkan terus meletup,” katanya.

Petikan Sinar Harian


Kanak-kanak tidak wajar dibiarkan bermain mercun kerana ia boleh mendatangkan kecederaan jika tidak kena cara membakarnya.

©Eriyza : Mercun bola lagi... Bila nak diharamkan mercun ini??

Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.