Seorang pemuda termasuk seorang kanak-kanak menjadi mangsa pertama mercun tahun ini. Kejadian pada pukul 7 malam di Kampung Kuala Kangkong, Alor Setar itu mengakibatkan Mohd Sohibollah Saad, 27, cedera di mata, bahu dan tangan kiri manakala jirannya pula, Tuah Mohd Hafiz Mohd Razli, 9, cedera di dahi dan badan apabila terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup.
Difahamkan,Mohd Sohibollah membeli mercun itu di Bazar Ramadan di Tandop dua hari lepas sebelum bermain bersama Tuah Mohd Hafiz sementara menunggu waktu berbuka puasa, petang semalam.
"Masa kejadian...saya yang pegang mercun dan dia menyalakan api sebelum sumbu mercun tersebut jatuh ke dalam bekas plastik berisi 40 biji mercun," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, malam semalam.
Katanya, sumbu mercun yang terjatuh dan masih menyala itu tidak sempat dibuang dari bungkusan mercun bola yang berada berdekatan.
Rentetan itu, satu letupan kuat berlaku dan Mohd Hafiz terpelanting dan tidak sedarkan diri, kata Mohd Sohibollah yang bekerja di sebuah syarikat percetakan di sini.
Katanya, panik dengan keadaan yang menimpa Tuah Mohd Hafiz, dia segera mendapatkan bantuan jiran dan kedua-dua mereka dikejarkan ke Klinik Kesihatan Simpang Empat sebelum dirujuk ke HSB untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Pengarah HSB Datuk Dr Juita Mohd Ghazali berkata Sohibollah telah selesai menjalani pembedahan pada matanya dan kini ditempatkan di wad mata hospital berkenaan.
"Dia ditempatkan di wad itu untuk pemeriksaan lanjut terhadap kecederaan yang dialaminya," katanya ketika dihubungi.
Petikan Sinar Harian
Tuah Mohd Hafiz telah dibenarkan pualng ke rumah setelah mendapat rawatan di wad Kanak-kanak HSB.
©Eriyza : Bilakah agaknya mercun bola dan yang sewaktu dengannya yang sering mengundang kecederaan kepada penggunanya mahu diharamkan??
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.