Aug 22, 2012

Pandelela Dikurniakan Johan Bintang Kenyalang


Penyumbang pingat gangsa acara 10M platform di Olimpik London untuk Malaysia, Pandelela Rinong Pamg dianugerahkan Johan Bintang Kenyalang (JBK). Anugerah itu buat julung-julung kalinya diberi kepada atlit tempatan dan Pandelela merupakan penerima pertama anugerah tersebut.

Anak Bidayuh berusia 19 tahun yang berasal dari Kampung Jugan, Bau menerima bintang tersebut daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di dalam majlis yang diadakan di Astana Negeri, Petra Jaya, Sarawak.


“Saya amat berbangga dan terharu kerana dipilih untuk menerima pengiktirafan tertinggi daripada kerajaan negeri.

“Bagaimanapun, saya tidak akan lupa diri dan asal usul saya. Apa yang penting ialah saya ingin menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda di Bumi Kenyalang untuk menceburi acara sama,” kata Pandelela pada majlis itu.

Petikan Kosmo!


Pandelela turut ditemani oleh orang tuanya, Pamg Joheng dan Hartini Lamin serta dua lagi peserta Sukan Olimpik iaitu Bryan Nickson Lomas dan Traisy Vivian Tukiet ketika menerima anugerah tersebut.

©Eriyza : Mahu bertemu 'bintang malam'.


Via : Kosmo! | The Star


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.