Gadis pembawa Jalur Gemilang pada majlis pembukaan Olimpik 2012 di London, Pandelela Rinong Anak Pamg berjaya menjulang nama Malaysia di mata dunia apabila membutirkan pingat gangsa di temasya sukan paling berprestij di dunia itu. Jalur Gemilang berkibar megah di Pusat Akuatik, London selepas Pandelela meraih tempat ketiga di dalam acara kegemarannya, 10m platform.
Lebih manis lagi, Pandelela turut mencatat sejarah sebagai atlet wanita pertama negara mengutip pingat pada Sukan Olimpik. Pandelela juga memecah tradisi apabila menghadiahkan pingat melalui acara terjun yang selama ini hanya dimonopoli oleh sukan badminton.
KEPUTUSAN AKHIR 10M PLATFORM OLIMPIK 2012
PINGAT EMAS
Chen Ruolin - China (422.30 mata)
PINGAT PERAK
Brittany Broben - Australia (366.50 mata)
PINGAT GANGSA
Pandelela Rinong Anak Pamg - Malaysia (359.20 mata)
Anak jati Sarawak yang berusia 19 tahun ini membawa khabar gembira buat seluruh peminat sukan tanahair pada jam 3 pagi tadi. Dengan kejayaannya itu, negara mengulangi pencapaian satu perak dan satu gangsa di Sukan Olimpik Atlanta.
Tahniah kepada Heroin Malaysia, Pandelela Rinong yang menaikkan nama Malaysia selepas Hero Malaysia, Dato' Lee Chong Wei menghadiahkan pingat perak. Kami berbangga dengan anda berdua.
©Eriyza : Adakah Pandelela akan dianugerahkan pangkat Dato' untuk pencapaian cemerlangnya sekembalinya dari London??
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.