Sep 12, 2012

Cara Banduan Kurangkan Hukuman


Penjara Santa Rita de Sapucai di Brazil menawarkan ganjaran menarik untuk para banduannya yang berminat mengayuh basikal pegun. Mereka bukan sahaja dapat 'melepaskan diri dari sel' buat seketika malah aktiviti riadah itu juga meningkatkan kecergasan badan. Motif utamanya ialah jika mereka berkayuh lapan jam sehari selama 3 hari mereka dapat mengurangkan jumlah hukuman penjara selama sehari.


Program ini dicetuskan oleh hakim tempatan, Jose Henrique Mallmann yang mahu banduan melakukan aktiviti kemasyarakatan sekaligus memendekkan hukuman penjara mereka. Sebenarnya, basikal pegun tersebut membekalkan kuasa elektrik yang akan digunakan untuk menjana kuasa sepuluh lampu jalan di sepanjang persiaran tepi sungai.

Tenaga elektrik itu disimpan di dalam bateri yang akan dipasang pada lampu jalan oleh pengawal pada setiap malam. Keesokan paginya, mereka akan mengutip semula bateri tersebut untuk dicas semula oleh banduan.

Ronaldo de Silva, salah seorang banduan yang menyertai program ini telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 9 paun. Malah, lebih membuatkannya gembira ialah dia sudah berjaya mengurangkan 20 hari hukuman penjaranya.

©Eriyza : Satu usaha murni yang boleh dicontohi oleh penjara lain dengan pendekatan yang berbeza.

Via : Oddity Central


2 Comment

draracle Thu Sep 13, 02:03:00 AM

menarik!! mungkin brazil akan lahirkan jaguh lumba basikal lepas ni.

Eriyza Sat Sep 15, 12:59:00 PM

@draracle:
Mungkin jugak. Hehe :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.