Sep 22, 2012

Pengawal Keselamatan Bunuh Rakan


Seorang pengawal keselamatan, Hasnol Hafiz Saad, 28, menjadi 'korban' rakan sekerja yang ingin menjadi 'jutawan' segera. Tanpa menaruh sebarang syak wasangka, mangsa menggunakan jalan lain yang dicadangkan oleh rakan sekerjanya untuk kembali ke pejabat sebelum ditembak sebanyak 4 das dari jarak dekat. Mangsa mati di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri.

Kejadian pada pukul 3 petang di Jalan Tekah-Aulong itu berlaku sewaktu mangsa dan suspek dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar ini.

Suspek yang kini diburu polis, Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin , 25, lesap bersama sejumlah wang yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta. Turut dilarikan ialah selaras senapang.


Seorang saksi mendakwa, dia melihat suspek melarikan diri bersama beberapa beg mengandungi wang dengan menaiki sebuah kereta Honda Civic hitam yang berada beberapa meter di belakang van keselamatan tersebut.

Kebiasaannya, mereka akan menggunakan Jalan Taman Long Jaafar di Kampung Boyan di sini iaitu hanya sejauh lima kilometer untuk pulang ke pejabat tetapi semalam Hasnol telah dipaksa menggunakan Jalan Tekah-Aulong selepas mengutip wang. Jarak jalan itu kira-kira 10 kilometer dari pejabat mereka.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, pemeriksaan mendapati enam daripada 13 karung berisi wang lesap.

“Enam karung itu dipercayai mengandungi wang lebih RM1.2 juta dan siasatan awal mendapati bahagian luar van itu tidak mempunyai kesan dilanggar.

“Tempat kejadian bukan laluan yang biasa digunakan untuk pulang ke pejabat selepas mengutip wang. Van itu didapati terbabas di kiri jalan dipercayai akibat tindakan agresif suspek,” kata Yusof yang masih menyiasat jumlah sebenar wang yang dilarikan serta penglibatan individu lain.

Petikan Kosmo!


©Eriyza : Semoga penjenayah tidak berhati perut ini segera diberkas polis.

Via : Kosmo!


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.