Sep 22, 2012

Tak Kisah Angkut Sampah


Tiga orang wanita tidak kisah bekerja sebagai pengangkut sampah walaupun tugas sedemikian selalunya lebih sinonim dengan lelaki. Bagi Maziyana Azmi, 32, Nor Azlinda Sobri, 27, dan Effa Izahwati Mohd Hatta, 29, mereka tidak kekok bersaing dengan orang lelaki untuk memandu lori multipurpose armroll di negeri Kedah.

Meskipun pekerjaan ketiga-tiga wanita ini mendapat reaksi kurang baik dari masyarakat namun mereka tetap bersemangat untuk meneruskan tugas memandangkan pekerjaan ini serasi dengan jiwa mereka.


Maziyana berkata, biarpun sering kali menjadi tumpuan masyarakat terutama sewaktu menjalankan tugas di kawasan perumahan, namun bagi dirinya tugas yang dilakukan sama seperti pekerjaan lain.

Menurutnya, cabaran terpaksa dihadapi semasa bertugas apabila sewaktu menjalankan kerja kutipan sampah di kawasan perumahan yang memerlukannya lebih berhati-hati.

“Kebanyakan kawasan perumahan, mereka meletakkan kenderaan di hadapan rumah atau laluan keluar masuk yang kecil. Jadi dari situ saya perlu berhati-hati untuk memastikan tidak berlaku pelanggaran atau bergesel dengan kenderaan mereka.

“Selain itu juga saya perlu berhati-hati dengan kanak-kanak yang bermain atau melintas di sekitar kawasan perumahan ,” katanya.

Effa Izahwati sebelum ini bekerja sebagai pembuat donat di sebuah restoran donut berkata, pada awalnya, rakan dan keluarga tidak bersetuju dengan pekerjaan yang dipilih namun disebabkan minat dia tetap meneruskan cita-citanya itu.

“Ramai terkejut dengan pilihan yang saya buat dan menyuruh mencari pekerjaan lain kerana bagi mereka kerja memandu lori sampah tidak sesuai dengan wanita.

“Namun bagi saya, asalkan pekerjaan dilakukan ini tidak salah di sisi undang-undang apa salahnya untuk saya bekerja,” katanya.

Effa Izahwati berkata, cabaran dihadapi sewaktu menjalankan tugas sama seperti pemandu lain iaitu perlu berhati-hati sewaktu memandu terutama di kawasan perumahan.

Dia berkata, selain itu, sewaktu mengangkat tong sampah menggunakan mesin yang terdapat pada lori armroll multipurpose, dia juga perlu memastikan tidak ada individu di sekitar tong sampah.

Petikan Sinar Harian


©Eriyza : Tidak pernah terfikir untuk memandu lori seberat 5 tan.

Via : Sinar Harian


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.