Jan 24, 2013

Aktivis Dipenjara Kerana Hina Raja


Gara-gara menghina Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej, seorang lelaki yang juga aktivis politik telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun oleh sebuah mahkamah di negara Gajah Putih itu.

Somyot Pruksakasemsuk didapati melanggar undang-undang lalu diputuskan bersalah setelah menerbitkan dua artikel yang menyindir Raja Bhumibol di dalam majalah Voice of Thaksin.


Somyot, yang tiba di mahkamah berkaki ayam berhasrat untuk membuat rayuan terhadap, kata peguamnya, Karom Polpornklang.

"Keputusan yang serius menjejaskan hak untuk kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar.

“Pada masa yang sama, ia boleh menjejaskan imej Thailand sebagai masyarakat yang bebas dan demokratik,” kata Kesatuan Eropah dalam satu kenyataan," katanya lagi.

Sebelum penahanannya bermula pada April 2011, Somyot telah berkempen untuk meminda undang-undang negara Thai.

Beliau mengemukakan satu petisyen kepada Mahkamah Perlembagaan Thailand ketika dia berada di penjara, berhujah undang-undang yang bertentangan dengan hak asasi manusia dan ia membenarkan hukuman tidak seimbang.

Petikan Sinar Harian


Tak pasal-pasal menghuni rumah besi kerana keceluparan 'mulut' sendiri.

©Eriyza : Berpada-pada ketika menulis agar tidak mendatangkan masalah kepada diri sendiri.

Via : Sinar Harian



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.