Jan 22, 2013

Anak Luar Nikah Dalam Tong Sampah


Seorang gadis berusia 24 tahun tergamak membuang anak tidak sah taraf yang dilahirkannya ke dalam tong sampah. Dia membungkus sebelum mencampakkan bayi berkenaan dalam ke tong sampah di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Aziz Salleh memaklumkan bahawa gadis berkenaan berasal dari Pasir Putih, Kelantan dan bekerja di sebuah pasar raya di Temerloh.


“Dia dibawa ke HOSHAS oleh rakannya selepas mengadu sakit perut.

“Ketika sedang mendapatkan rawatan gadis itu bergegas ke tandas berhampiran dan terkejut ketika sedang membuang air besar melihat bayi perempuan yang dikatakan cukup sifat terjatuh dalam mangkuk tandas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Aziz berkata, dipercayai selepas melihat keadaan bayi perempuan itu sudah tidak bernyawa, gadis terbabit mengambil plastik dalam tong sampah sebelum membungkus mayat bayinya dan membuang dalam tong sampah.

Katanya, gadis terbabit kemudian berlagak selamba ketika berjalan keluar dari tandas berkenaan sebelum dipanggil oleh doktor yang bertugas untuk menjalani pemeriksaan.

“Doktor terbabit terkejut selepas mendapati perut gadis berkenaan kempis sebelum memanggil seorang jururawat dan meminta menjalankan pemeriksaan di dalam tandas yang dikunjungi gadis itu.

“Hasil pemeriksaan, jururawat terbabit menemui beberapa titik darah berhampiran tong sampah sebelum membuka tong itu lalu melihat plastik dipenuhi darah bersama mayat bayi berkenaan,” katanya.

Katanya, selepas dimaklumkan penemuan mayat bayi perempuan itu, doktor terbabit menghubungi Balai Polis Temerloh dan polis menahan gadis berkenaan.

Siasatan awal mendapati, bayi perempuan itu berusia enam bulan dan disahkan meninggal dunia ketika dalam kandungan namun punca kematian masih dalam siasatan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Petikan Sinar Harian


Pergaulan bebas tanpa had antara lelaki dan perempuan memungkinkan gejala anak luar nikah semakin bertambah. Pihak berkuasa perlu berbuat sesuatu untuk mengekang hal ini terus berlaku.

©Eriyza : Semoga gadis berkenaan insaf dengan perbuatannya.

Via : Sinar Harian



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.