Jan 22, 2013

Barang Kemas Bukan Emas


Zuraini Yaacob, 44, dari Kuala Berang tidak menduga selonggok emas bermutu rendah yang dibelinya ketika lelongan awam oleh sebuah bank sebenarnya adalah tembaga dan bukannya barangan yang ditawarkan.

Mangsa membeli longgokan emas berkenaan dengan harga RM20,000 pada petang 26 Mei 2011. Pada pukul 10 malam hari yang sama, dia membawa 'emas' berkenaan ke sebuah kedai emas di Kota Bharu, Kelantan, untuk melakukan ujian bagi mengetahui jumlah kandungan emas dalam barang kemas itu.


“Saya terkejut apabila pemilik kedai emas berkenaan memberitahu barang kemas yang saya beli itu bukan emas bermutu rendah, tetapi tembaga semata-mata yang tiada nilai untuk dijual.

“Saya hairan bagaimana bank berkenaan boleh melelong barang kemas itu sebagai emas bermutu rendah (kerana dicampur dengan tembaga) sedangkan ia langsung tidak mengandungi emas.

Petikan Harian Metro


Adakah pihak bank tidak melakukan ujian ketulenan emas ketika mendapatkan tembaga tersebut sehingga menjadi masalah apabila dijual kepada pelanggan.

©Eriyza : Kalau emas boleh jadi tembaga, tidak mustahil berlian jadi kaca.

Via : Harian Metro



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.