Jan 31, 2013

Bayi Perempuan Lahir Dalam Bot Kesihatan


Seorang ibu berusia 31 tahun menaiki bot ekspres Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak untuk menjalani pemeriksaan rutin kandungannya di Hospital Kapit. Namun, takdir menentukan bahawa anaknya yang dijangka lahir pada 3 Mac depan telah hadir ke dunia pada penghujung Januari. Lebih unik lagi, bayi perempuan seberat 2.10 kilogram itu lahir dalam bot ekspres berkenaan.


Anak ketiga Liban anak Reban, dari Rumah Panjang Sudin, Nanga Sipan, yang lahir pada pukul 9.47 pagi telah disambut oleh dua jururawat dari Klinik Kesihatan Song.


“Mengikut rekod kesihatan wanita berkenaan, dia dijangka bersalin pada 3 Mac depan dan ketika tiba di Klinik Kesihatan Song keadaannya dilaporkan stabil serta tidak menunjukkan tanda mahu bersalin.

“Namun, ketika dalam perjalanan, tiba-tiba wanita itu mengadu sakit perut dan dua jururawat ditugaskan mengiringinya terkejut apabila mendapati dia bersedia untuk melahirkan anak,” katanya.

Katanya, dengan pengalaman dan kecekapan masing-masing, jururawat terbabit membantu wanita berkenaan melahirkan bayi perempuannya sebelum mereka dibawa ke hospi tal bersama seorang doktor yang sedia menunggu di jeti Kapit.

“Setakat ini, dua beranak berkenaan dilaporkan dalam keadaan baik dan ditempatkan di wad bersalin untuk tempoh beberapa hari lagi sebagai langkah pemantauan lanjut,” katanya.

Petikan Harian Metro


©Eriyza : Tahniah kepada Puan Liban.

Via : Harian Metro



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.