Jan 30, 2013

Kata Pemeri


Adakah anda selalu menggunakan kata pemeri di dalam ayat yang anda tulis?? Oh, masih ada di kalangan kalian yang tidak tahu apa itu kata pemeri. Jom, kita belajar sama-sama.

Kata Pemeri 


Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.

Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.

Lelaki yang memakai kemeja biru itu ialah suami saya.

Running Man ialah rancangan televisyen kegemaran saya.


Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Fikri adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.

Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.


Via : Tatabahasa BM


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.