Sepasang suami isteri, Noriswan Samad, 30, dan isterinya, Nurul Akma Abu Bakar, 25, membuat laporan polis ekoran tidak berpuashati dengan tindakan seorang guru lelaki yang mengasari anak lelaki mereka yang baru darjah 1 hanya kerana tidak tahu berbahasa Inggeris.
Pasangan itu mendakwa anak sulung mereka, Muhammad Nur Haikal, 7, digoncang seluruh badan sebelum ditolak ke dinding hingga jatuh telentang. Keganasan itu berlaku dalam kelas mangsa di sebuah sekolah rendah di Johor pada hari Isnin, 14 Januari 2013.
“Pada Jumaat (11 Januari) sebelum kejadian, Muhammad Nur Haikal menangis dan mengadu tidak mahu ke sekolah kerana takut didenda guru berikutan tidak boleh bertutur bahasa Inggeris untuk ke tandas selain meminta isteri saya mengajarnya.
“Pada hari kejadian saya berasa tidak sedap hati dan berpatah semula ke kelas untuk melihat anak, namun tergamam melihat anak saya digoncang seluruh badan beberapa kali, ditolak di kerusi dan dinding hingga jatuh telentang serta diherdik guru itu ‘masukan baju kau dalam seluar bodoh!’.
Petikan Harian Metro
Seorang guru tidak seharusnya bersikap ganas terhadap anak didiknya. Mereka perlu bersikap sabar ketika mengajar budak-budak yang lemah dalam sesuatu subjek.
©Eriyza : Suka beri penerangan tentang sesuatu petikan.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.