Feb 8, 2013

Ahli Sihir Mati Dibakar


Seorang wanita berusia 20 tahun yang dituduh mengamalkan sihir dihukum oleh penduduk kampung selepas didakwa menyebabkan kematian
seorang budak lelaki berusia enam tahun dengan ilmu sihir. Mangsa, Kepari Leniata, dikatakan mengaku bertanggungjawab di atas kematian budak itu yang dirawat di hospital selepas sakit perut dan dada.

Tragedi itu berlaku di kampung Paiala, bandar Mount Hagen, Papua New Guinea. Wanita berkenaan dibogelkan sebelum diseksa dengan batang besi panas. Kemudiannya, dia diseret ke tempat pembuangan sampah. Dalam keadaan kaki dan tangan terikat, dia disimbah petrol sebelum dibakar bersama timbunan tayar.

Walaupun jentera bomba datang untuk membantu, namun mereka terpaksa berpatah balik setelah diusir oleh penduduk kampung yang menghalang laluan mereka. Mangsa mati di tempat kejadian.

©Eriyza : Jangan amalkan ilmu sihir.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.