Feb 9, 2013

Digigit Lintah Kerana Penjenayah


Seorang ahli perniagaan beruia 34 tahun dikelar dan ditikam oleh penjenayah yang menculiknya di Jalan Kamunting. Lebih memburukkan keadaan, dia juga menderita akibat digigit lintah besar yang menghisap darah di lehernya ketika dia menyorok dalam paya di sebuah belukar.

Mangsa, Chua Hock Hee, diculik penjenayah ketika memandu sendirian untuk pulang ke rumahnya pada pukul 12 malam. Menurutnya, sekumpulan 4 orang penjenayah berkenaan memintas dan menghalang keretanya.


“Semua lelaki tidak dikenali itu memaksa saya keluar dari kereta dan menggari tangan serta dipaksa berdiam diri sebelum leher dikelar dengan pisau.

“Saya meraung kesakitan sebelum mereka menikam belakang dan depan tubuh saya berulang kali,” katanya.

Menurutnya, kumpulan penjenayah itu kemudian memasukkannya ke bahagian tempat duduk belakang kereta selepas menyangka dia sudah mati.

Mereka merampas barangan berharga, termasuk dompet dan telefon bimbit. Saya berpura-pura tidak sedarkan diri nekad membuka pintu kereta sebelum melompat keluar.

“Walaupun sakit, saya berusaha bangkit sebelum berlari ke arah belukar berhampiran sungai. Saya merendamkan badan di dalam belukar berpaya itu berikutan bimbang ditangkap semula,” katanya.

Menurutnya, dia berada dalam paya itu selama hampir tiga jam sebelum merangkak keluar dari belukar dan berusaha mendapatkan bantuan.

“Saya sampai ke sebuah rumah kampung didiami keluarga Melayu yang segera menghubungi polis.

“Polis membuka gari pada tangan dan saya dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan kecemasan berikutan pendarahan teruk akibat ditikam,” katanya.

Menurutnya, kakitangan hospital terkejut apabila mendapati seekor lintah besar melekat pada lehernya.

Petikan Harian Metro


Tentu pengalaman ini merupakan peristiwa tahun baru Cina yang takkan dilupakan oleh mangsa sepanjang hayatnya. Mujurlah Chua berjaya melepaskan diri daripada penjenayah terbabit.

©Eriyza : Semoga Chua cepat sembuh.

Via : Harian Metro



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.