Feb 25, 2013

Muka Ditampar, Rantai Disambar


Seorang warga emas yang tinggal sendirian, Mek Ya, 75, bukan sahaja ditampar oleh seorang lelaki malah lehernya turut diacu parang dalam satu kejadian samun di Kampung Parit Tanjung Piandang Tengah, Parit Buntar, pada pukul 6 pagi semalam.

Menurut mangsa, suspek menepuk bahunya ketika dia sedang mengambil wuduk untuk mendirikan Solat Subuh. Akibat kejadian itu, mangsa kerugian sebanyak RM3,000 apabila wang tunai dan rantai leher miliknya dilarikan.


"Sebaik menoleh ke belakang, muka saya ditampar berkali-kali manakala leher diacu parang. Selepas itu saya nampak seorang lelaki tanpa menutup muka mengugut untuk mencederakan saya jika saya menjerit," ceritanya ketika ditemui di rumahnya.

Menurut warga emas itu lagi, dia kemudian dibawa ke ruang tamu rumah dan diminta duduk diam manakala penjenayah itu pula menggeledah rumahnya.

Mek Ya memberitahu, kira-kira setengah jam selepas menggeledah, suspek menjumpai wang tunai berjumlah RM2,000 yang disimpan di bawah tilam di bilik tidurnya.

Wang tersebut merupakan wang simpanannya yang menyara hidup dengan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mek Ya tiada zuriat dan hidup di rumah yang dibina di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

"Penjenayah itu kemudian merentap kasar rantai leher bernilai RM1,000 yang saya pakai.

"Sebelum penjenayah itu meninggalkan saya, saya merayu agar dipulangkan wang dan rantai leher saya kerana itu saja harta yang saya ada," katanya.

Dia memberitahu, penjenayah itu yang dipercayai warga tempatan mungkin tersentuh dengan rayuannya lalu memulangkan wang tunai RM20 sebelum meminta dia menghalalkan barangan yang dicurinya sebelum melarikan diri.

Petikan Kosmo!


Melihatkan warga emas itu merayu kepadanya, suspek memulangkan wang RM20 sebelum meminta barang curiannya dihalalkan. Namun, mangsa bertegas tidak akan memaafkan suspek.

©Eriyza : Barang haram takkan boleh jadi halal.

Via : Kosmo!



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.