Feb 24, 2013

Perompak Tawar Diri Buat Susu Bayi


Tiga orang perompak bertopeng memecah masuk ke rumah Imam Masjid Kampung Bukit Diman, Mustafa Khatib Mohamad, 67, pada pukul 3 pagi. Mereka yang bersenjatakan pisau kemudiannya mengarahkan Mohd Nasrudin, 34, mengejutkan bapanya sebelum mengikat semua ahli keluarga mangsa bersama di dalam sebuah bilik.

Di dalam situasi mendebarkan itu, anak Mohd Nasrudin, Mohd Rayyan Zikri, 2, menangis lalu perompak menawarkan dirinya untuk membuat susu bayi berkenaan. Akan tetapi, ibu mangsa, Wan Habibah Wan Ismail, 31, merayu agar dia dibenarkan berbuat demikian.




Perompak yang menggeledah rumah mereka selama 1 jam berjaya mengaut keuntungan atas angin dengan mengambil wang tunai, barang kemas dan beberapa telefon bimbit yang semuanya dianggarkan berjumlah RM15,000. Mereka dipercayai melarikan diri melalui pintu tingkap dapur yang diumpil.

©Eriyza : Syukurlah ahli keluarga mangsa tidak diapa-apakan oleh perompak.

Via : Sinar Harian



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.