Seorang lelaki yang dipercayai merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun terlantar koma di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat dibelasah oleh keluarga mangsa. Lelaki yang berusia 28 tahun itu melakukan jenayah itu ketika mangsa meminta perlindungan di rumahnya di Bukit Puchong.
Suspek berada di Setapak ketika ahli keluarga mangsa membalas dendam terhadapnya. Justeru, dia menerima perintah tahanan reman dalam keadaan terlantar di katil hospital.
Difahamkan, lelaki terbabit (suspek) dikejarkan ke HKL jam 9 malam, selepas dibelasah sekumpulan antara tiga hingga lima lelaki dipercayai keluarga remaja perempuan yang dirogolnya itu ketika suspek berada di Setapak.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata akibat kejadian itu suspek cedera parah di kepala, selain empat tulang rusuk kanannya patah dan kini dilaporkan koma di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.
“Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK),” katanya ketika dihubungi, semalam.
Petikan Harian Metro
Walaupun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, suspek tetap akan dihukum mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan.
©Eriyza : Lelaki sepatutnya menjadi pelindung, bukan pemusnah kehidupan wanita.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.