Apr 29, 2013

Banduan Phitsanulok Pos Gambar Di Facebook


Bangkok: Seorang banduan penjara Phitsanulok yang memuat naik fotonya yang bergari di Facebook melalui telefon bimbit prosedur yang dilarang untuk tahanan akan dihukum bersama mereka yang membekalkan peralatan itu, kata Ketua Jabatan Salah Laku, Suchart Wong-anantachai.



Berikutan penjara Phitsanulok belum diisytihar sebagai ‘penjara putih’ bermaksud bebas daripada dadah dan bahan larangan lain tahanan di situ masih ada cara untuk mengakses Internet.

Ekoran kejadian itu Suchart menggesa pihak berkuasa penjara lebih tegas mengimbas dan memeriksa sel untuk mencari barang larangan.

Mengenai hukuman terhadap tahanan, dia berkata, panel akan dibentuk bagi menyiasat kes itu sebelum memutuskan sebarang hukuman jenayah atau disiplin. Ekoran kritikan terhadap pihak berkuasa penjara, laman Facebook berkenaan tidak dapat diakses semalam.

Tahanan terbabit dikenali sebagai pesalah rogol, Mawin Sompanwong, 28, yang ditahan di zon 5 penjara Phitsanulok.

Pengarah penjara Pongmit Prasertsakul berkata, Mawin yang dipenjara lima tahun pada 2008 bakal dibebaskan pada 1 November tahun ini. Pongmit berkata, sejak mengambil alih penjara berkenaan pada 4 April lalu dengan merujuk penjara terbabit sebagai penjara putih.

Pongmit berkata, dia sering melancarkan pemeriksaan mengejut sel penjara itu, tetapi masih terdapat tempat di mana tahanan menyembunyikan telefon bimbit dan peralatan isyarat telefon bimbit hanya berfungsi sekali-sekala di situ. -

©Eriyza : Macam mana telefon bimbit boleh terlepas masuk ke sel banduan??

Via : Harian Metro



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.