Apr 28, 2013

Nama Unik Seorang Kanak-kanak


Memberikan nama yang panjang sudah menjadi kegemaran ibu bapa zaman sekarang. Misalnya ramai ibu bapa memilih 3 nama untuk diberi kepada anak mereka seperti Muhammad Izzat Afifi. Namun, tahukah anda bahawa seorang ibu tidak berpuashati jika anaknya hanya memiliki 3 nama malahan dia memberikan anaknya 1 nama depan, 25 nama tengah dan 1 nama keluarga.

Ibu anak kecil tersebut, Maria menamakan anaknya Autumn Sullivan Corbett Fitzsimmons Jeffries Hart Burns Johnson Willard Dempsey Tunney Schmeling Sharkey Carnera Baer Braddock Louis Charles Walcott Marciano Patterson Johansson Liston Clay Frazier Foreman Brown di pejabat pendaftaran Perton, Wolverhampton, England.

Kesemua nama tengah anaknya diambil sempena nama peninju-peninju terkenal yang amat digemarinya. Menurut Maria, dia hanya meneruskan tradisi keluarganya yang gemar memberikan nama terlebih panjang. Dia sendiri hanya mampu menghafal namanya ketika berusia 10 tahun.

©Eriyza : Turut mempunyai 3 nama yang berjumlah 14 huruf.

Via : Metro UK



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.