Apr 15, 2013

Lafaz Ikrar Kahwin Melalui Twitter


Setiap pasangan ingin mengabadikan momen perkahwinan mereka dengan cara tersendiri. Justeru, sepasang pengantin muda memilih Twitter sebagai medium untuk mereka bertukar janji setia untuk sehidup semati.


>

Pasangan pengantin Cengizhan Celik ♥ Candan Canik melafazkan ikrar sebagai suami isteri hanya dengan menggunakan sebuah iPad dan laman Twitter. Perkahwinan mereka disempurnakan oleh Datuk Bandar, Mustafa Kara, yang menulis perjanjian perkahwinan di Twitter dan kedua-dua pengantin menjawab 'Evet' yang bermaksud 'I do' di Twitter masing-masing.


Perkahwinan Cengizhan Celik ♥ Candan Canik berlangsung pada 2 September 2012 dan dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan mereka. Ini adalah julung-julung kali perkahwinan melalui Twitter berlaku di Turki.

©Eriyza : Semoga bahagia selamanya.

Via : NY Daily News

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.