Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Lion Air yang membawa 101 penumpang dan 7 orang anak kapal telah terjunam ke dalam laut ketika mahu mendarat di Lapangan Terbang Ngurah Rai. Pesawat JT904 itu berlepas dari Bandung ke Denpasar. Nahas itu telah menyebabkan 45 orang cedera dan dirawat di 3 buah hospital yang berlainan.
Ketua Pengarah Kementerian Pengangkutan ini penerbangan, Harry Bakti Gumay memaklumkan bahwa pesawat berkenaan yang dikendalikan oleh juruterbang M. Ghazali jatuh dari ketinggian 50 meter.
Punca nahas masih belum dikenalpasti dan siasatan sedang diadakan. Badan pesawat itu mengalami keretakan dan kebanyakan mangsa keluar melalui pintu kecemasan.
©Eriyza : Mujurlah tiada korban jiwa dilaporkan.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.