Apr 7, 2013

Mahasiswa UM Lawan PM Di Pekan


KUALA LUMPUR: Pelajar Universiti Malaya berusia 23 tahun akan mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) akan menurunkan pelajar jurusan sains politik Mohamed Bukhairy Sofian sebagai calon bebas.

Berikut adalah biodata calon bebas yang bakal menggugat kewibawaan para pemimpin sedia ada.


Nama : Mohamed Bukhairy Bin Mohamed Sofian
Asal : Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
Kursus : Tahun Tiga Sains Politik Islam (Siasah Syari'yyah)
Jabatan : Jabatan Siasah Syari'yyah, Akademi Pengajian Islam UM
No Matrik : IEH 100029
Tarikh Lahir : 30 Jun 1990
Kelulusan Akademik :

- SMKA Kedah
- Maahad Ihya' Al-Ahmadi (2007)
- Universiti Malaya Nilam Puri
- Universiti Malaya Kuala Lumpur
- Hafiz 30 Juzu' Al-Quran
- Pengamal Perubatan Islam

Jawatan semasa : Naib Presiden PMIUM 2012/2013
Jawatan/Aktiviti Di UM :

- Exco MPP UM Nilam Puri 2008/2009
- Exco MPMUM 2010/2011
- Exco Dakwah PMIUM 2011/2012
- Bekas Pengarah Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM '11)
- Ahli Kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya 2011/2012
- Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) 2012/2013.Katanya, kumpulan tersebut menurunkan seorang calon sebagai tuntutan untuk memperbaharui sistem pendidikan tinggi di Malaysia.


"Kami mahu menonjolkan manifesto kami dan membawa dasar tersebut ke Parlimen.

"Selain itu, kami tidak akan mengetepikan isu yang menjejaskan penduduk tempatan di Pekan," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Mohamed Bukhairy merupakan wakil Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) UM dan pengerusi Majlis Pimpinan Mahasiswa Nasional.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang berkata, manifesto tersebut telah dikemukakan kepada parti memerintah dan parti pembangkang bulan lalu tetapi masih belum menerima respons daripada kedua-dua parti itu.

©Eriyza : Mahu pemimpin yang menegakkan syiar Islam.

Via : mStar | Facebook Gerakan Mahasiswa PRU-13



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.