Penyanyi tersohor Taiwan, Wang Lee Hom telah memberi penghormatan kepada seniman lagenda Malaysia, Allahyaryam Tan Sri Dr P Ramlee apabila dia menyanyikan lagu seniman berkenaan yang berjudul Getaran Jiwa pada konsert Music Man 2 di Genting Highland pada 29/3/2013.
Lee Hom dilihat berusaha gigih untuk menyampaikan lagu tersebut mengikut lenggok Bahasa Melayu yang betul. Namun, berlaku sedikit kesilapan apabila satu lirik 'irama' disebut sebagai 'imara'. Walaupun begitu, para peminat tetap memberikan maklum balas positif di atas percubaan berani Lee Hom itu.
Pada konsert yang sama, Lee Hom turut menjemput artis muda yang kian meningkat naik, Najwa Latif untuk berduet dengannya melalui lagu Bahasa Mandarin, Ni Bu Zhi Dao De Shi.
©Eriyza : Tetap suka lagu Wei Yi.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.