Apr 6, 2013

Tok Mun Bertanding Lagi Di Kuala Terengganu


Masihkah anda ingat pada tahun 2008, seorang nenek telah bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-12 untuk merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Kali ini, nenek berkenaan, Maimun Yusof, 94, mengesahkan akan bertanding di kawasan yang sama setelah kelibatnya kelihatan di Wisma Persekutuan Kuala Terengganu untuk mengambil borang pendaftaran calon kira-kira pukul 10 pagi pada 4 April lalu.


Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pembubaran parlimen pada 3 April 2013. Pilihan Raya Umum (PRU-13) merupakan kali kedua Tok Mun bertanding walaupun tewas kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN) dengan 32,562 undi dan Mohamad Sabu (Pas) yang memperolehi 31,934 undi. Ketika itu, Tok Mun yang bertanding atas tiket Bebas dengan menggunakan simbol kunci pada ketika itu berjaya memperolehi sebanyak 685 undi.

Tok Mun akan menjadi calon tertua pada PRU-13 jika tiada calon lain yang lebih senior daripadanya masuk bertanding.

©Eriyza : Tahun 2008 merupakan tahun terakhir arwah ummi mengundi. Al-Fatihah!

Via : Utusan Malaysia



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.