May 5, 2013

Hari Pengundian PRU-13 Malaysia


Tengahari tadi, penulis dan seluruh ahli keluarga yang lain telah menunaikan tanggungjawab kami sebagai pengundi pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13). Kami berusaha memberi mandat kepada pemimpin yang kami yakin mampu membawa keamanan dan kestabilan kepada negeri Terengganu.

Penulis berjalan tenang ke pusat pengundian. Ketika jari penulis dicalit dakwat kekal yang mudah tanggal, penulis sempat mengusik gadis yang menjalankan tugasnya.


Penulis : Dakwat ni kekal tak??

Petugas : Kekal rasanya.

Penulis : Kalau petang nanti hilang, saya boleh buat reportkan??

Si petugas tidak menjawab, hanya riak wajahnya sedikit berubah.


Selepas mengundi, penulis bergerak ke Dungun. Kami singgah ke stesen minyak Shell Dungun untuk solat. Di tempat wuduk ada tersedia sabun mandi, penulis mengambilnya dan menggosok jari yang tercalit dakwat, kesannya masih ada. Cuma jari adinda kedua sudah banyak hilang kesan dakwatnya.


Penulis kesal dengan dakwaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mengatakan dakwat itu akan kekal di jari selama 7 hari walhal ada sesetengah individu berjaya menghilangkannya dalam tempoh kurang daripada 24 jam. Adakah mereka tidak melakukan eksperimen ke atas kakitangan mereka dahulu sebelum menjalankannya ke atas orang ramai??

Jika beginilah caranya SPR membuat kerja, maka mereka bukanlah jabatan yang boleh dipercayai. Hal dakwat pun tidak boleh ditangani, apaal lagi jika melibatkan peti undi??

©Eriyza : Tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang keluar mengundi pada PRU-13.



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.