Di sebalik keghairahan parti politik yang bertanding meraikan kemenangan mereka, ada segelintir daripada tokoh-tokoh yang mempunyai ramai pengikut telah tersungkur dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) yang telah berlangsung pada hari Ahad bersamaan 05052013.
Berikut ialah senarai tokoh-tokoh politik tanahair sama ada dari Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat yang tidak diberi mandat oleh rakyat untuk meneraju negara.
- Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka - Parlimen Bukit Katil)
- Datuk Abdul Ghani Othman (Menteri Besar Johor - BN - Parlimen Gelang Patah)
- Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri - BN - Parlimen Lembah Pantai)
- Datuk Seri Kong Cho Ha (Menteri - BN - Parlimen Lumut)
- Datuk Seri Chor Chee Heung (Menteri - BN - Parlimen Alor Setar)
- Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri - BN - Parlimen Temerloh)
- Dr Mohd Puad Zarkashi (Timbalan Menteri - BN - Parlimen Batu Pahat)
- Datuk Seri Mohd Zin Mohamed (Setiausaha BN Selangor - Parlimen Sepang)
- Mohamad Sabu (Timbalan Presiden Pas - Parlimen Pendang)
- Datuk Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am Pas - Parlimen Arau)
- Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR - Parlimen Kulim-Bandar Baharu)
- Salahuddin Ayub (Naib Presiden Pas - Parlimen Pulai)
- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan Pas - Dun Jengka)
- Datuk Husam Musa (Naib Presiden Pas - Parlimen Putrajaya)
- Dr Badrulamin Bahron (Pemimpin pusat PKR - Parlimen Silam)
- Mustaffa Kamil (Pemimpin pusat PKR - Parlimen Pasir Salak)
- Datuk Ibrahim Ali (Presiden Perkasa - Bebas - Parlimen Pasir Mas)
Jika dikaji, jawatan sebagai menteri kabinet tidak memberi jaminan bahawa individu itu akan dipilih sepenggal lagi oleh rakyat. Walaupun ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13 kali ini, namun calon yang tewas boleh bertanding lagi pada PRU-14 pada masa akan datang. Buat para Yang Berhormat, gemblengkan usaha anda untuk membantu rakyat di kawasan masing-masing.
©Eriyza : Sedikit kecewa apabila 'kanda' tewas di DUN yang ditandinginya.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.