Mursyidul Am Pas, Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat akhirnya mengumumkan persaraan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau membuat keputusan berkenaan ekoran masalah kesihatan dan usia yang yang sudah mencecah 82 tahun. Beliau melepaskan jawatan yang disandangnya selama 23 tahun sejak 1990.
Kekosongan jawatan itu akan diisi oleh Datuk Ahmad Yakob, 63, yang merupakan Timbalan Menteri Besar sebelum ini. Keputusan ini dibuat selepas PAS berjaya mendapat 32 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Tok Guru dikenali sebagai seorang yang sangat merendah diri walaupun berada di tampuk pemerintahan tertinggi di Kelantan. Khabarnya, beliau adalah Menteri Besar yang sangat mudah didekati oleh orang ramai. Malah, sewaktu PRU-13 lalu, beliau turut beratur bersama rakyat jelata sebelum membuang undi di Sek Keb Raja Sakti, Pengkalan Chepa.
Kancah politik tidak pernah sunyi dengan fitnah dan hasad dengki, maka pemimpin unggul ini turut sama terpalit mainan kotor itu dalam cubaan parti lawan untuk menjatuhkannya. Seringkali kata-katanya ditafsir dengan cara berbeza sehingga timbul isu kurang menyenangkan untuk dihadam halwa telinga. Namun, murabbi ini tetap tenang menangkis serangan peluru dengan munajat kepada Allah.
©Eriyza : Doa dan harapan agar Tuan Guru Nik Abdul Aziz terus sihat dan selamat dalam meneruskan perjuangannya.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.