Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) Malaysia telah usai dijalankan pada hari Ahad, 05052013. Menjelang maghrib, ramai rakyat Malaysia berdebar-debar menanti keputusan rasmi yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Penulis tidak berkesempatan menontonnya di televisyen ekoran sedang memandu dari Kuala Terengganu ke Kemaman.
Stesen Radio Klasik pula asyik mengumumkan calon yang menang di Sarawak, tiada khabar tentang Semenanjung. Justeru, menerusi Facebook versi Android, penulis menerima kemaskini berita mutakhir daripada rakan-rakan.
Barisan Nasional sekali lagi telah diberi peluang dan ruang oleh rakyat untuk meneraju Malaysia buat sepenggal lagi setelah menang majoriti mudah dengan 133 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan. Maka, hampalah para penyokong Pakatan Rakyat yang bermandi keringat sekian lama untuk memastikan ini kalilah perubahan berlaku. Namun, perancangan manusia tidak sesempurna perancangan Allah Taala.
Sekalung tahniah buat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terus diberi mandat untuk memerintah. Doa dan harapan agar barisan menteri kabinet yang bakal dipilih benar-benar mampu berkhidmat dengan baik kepada masyarakat.
©Eriyza : Ini kalilah rakyat Malaysia gagal mengubah senario politik, lain kalilah cuba lagi pada PRU-14.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.