Jun 13, 2013

Tinggal Hidup Mewah Demi Bumi Madinah


Bandar raya Kuwait: Seorang puteri Kuwait mengetepikan harta dan meninggalkan negara untuk kekal menetap di Arab Saudi bagi merasa dekat dengan makam Nabi Muhammad SAW, mengatakan ia menjadi impiannya sejak bertahun-tahun lamanya, lapor akhbar kelmarin.

Puteri Aisha Mubarak Al Sabah, ahli keluarga keluarga pemerintah negara teluk yang kaya dengan minyak itu berkata, dia mengucapkan selamat tinggal kepada rakyat Kuwait dalam satu kenyataan ringkas diterbitkan kebanyakan akhbar tempatan.

Aisha berkata, dia secara kekal meninggalkan Kuwait untuk menetap di bandar Madinah, di barat Arab Saudi, tempat di mana terletaknya makam Nabi.

“Selepas berserah kepada Allah, saya memutuskan untuk meninggalkan negara sendiri dan tinggal di Madinah agar dapat dekat dengan Nabi serta memenuhi impian yang menghantui diri selama bertahun-tahun,” katanya.

Aisha berkata, dia sudah mendapatkan keizinan untuk meninggalkan negara itu daripada Emir Kuwait sendiri, Sheikh Sabah Al Ahmed Al Sabah.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Emir atas sokongan dan simpatinya serta berdoa kepada Allah agar menjadikan Madinah tempat tinggal saya sebagai bukti ketaatan dan tempat pengebumian saya kelak,” katanya.

©Eriyza : Hebatnya Puteri Aisha dari Kuwait ini. Semoga Allah merahmatinya.

Via : Harian Metro



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.