Jun 13, 2013

Cara Budak Afrika Buat Bola


Setahun sebelum Piala Dunia 2010 berlangsung di Afrika Selatan, seorang jurugambar kelahiran Belgium, Jessica Hilltout telah memulakan perjalanan selama tujuh bulan di seluruh benua Afrika untuk melihat sendiri keterujaan masyarakat setempat dengan sukan bola sepak yang menjadi permainan paling popular di dunia.

Dia mendapati masyarakat setempat tidak mempunyai kemampuan untuk mendapatkan sebiji bola. Namun, itu tidak menghalang mereka untuk turut bermain bola sepak dengan membuat bola sendiri.


Menurut pemerhatian Hilltout, kanak-kanak di sana cenderung menggunakan barangan terbuang untuk dijadikan bola. Antaranya plastik, kulit kayu, kain buruk dan macam-macam lagi. Asalkan bola itu berbentuk bulat, maka ianya sesuai untuk dibawa ke padang.


Benarlah kata pepatah Melayu, kalau hendak seribu daya, tak hendak, seribu dalih.

©Eriyza : Suka tengok orang yang tidak cerewet terhadap sesuatu.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.