Jul 14, 2013

Hidup Gelandangan Bawah Jambatan


Kuala Lumpur: Demi cinta, dua pasangan muda sanggup tinggal di bawah jejambat di tepi Sungai Klang, di sini, sejak beberapa bulan lalu selepas hubungan mereka dihalang keluarga masing-masing.

Lebih menyedihkan, satu daripada pasangan itu tinggal bersama bayi perempuan berusia empat bulan, manakala satu lagi menanti kelahiran anak sulung mereka dijangka pertengahan Ramadan ini.

Kedua-dua pasangan terbabit mendakwa bernikah di selatan Thailand tetapi menghadapi kesukaran mendaftarkan perkahwinan di negara ini.

Bagaimanapun, ketika wartawan Metro Ahad meminta mereka menunjukkan dokumen pernikahan, kedua-dua pasangan gagal berbuat demikian.

Hanya beralaskan tilam, kain rentang buruk dan kotak lusuh, pasangan terbabit yang berpendidikan rendah dan tiada pekerjaan tetap rela hidup di situ walaupun terpaksa mengemis simpati masyarakat untuk sesuap makanan.

©Eriyza : Mahu kahwin dengan restu keluarga.

Via : Harian Metro



2 Comment

nafiesa Mon Jul 22, 03:34:00 AM

kasihan??berfikir secara logik la bangsaku..PATI indonesia datang malaysia pun x duduk bawah jambatan, jgn nak salahkan keluarga, klo keluarga halau atau x restu pun so kena duduk bawah jambatan? MALAS adalah alasan yg tepat.. klo isteri saja tkde suami atau suami OKU takpe la nak kasihan n bagi bantuan itu n ini..fikir kan la..awak sihat, bandingkan diri awak dgn PATI indonesia dan si suami cermin2 la diri.

Eriyza Wed Jul 24, 04:47:00 PM

@nafiesa:
Sepatutnya si suami berusaha menyediakan keperluan yang
secukupnya untuk keluarga.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.