Jul 24, 2013

Mati Tragis Di Pokok Manggis


Arau: Seorang lelaki berusia 20-an ditemui mati dipercayai dibunuh dengan kaki dan tangan terikat di tangga kayu yang disandarkan pada sebatang pokok manggis di dusun di Kampung Padang Siding di sini, semalam.


Ketika mayat ditemui orang awam kira-kira jam 9 pagi, kemaluan mangsa dikatakan dibiarkan terdedah, dipercayai untuk mengaibkannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah, berkata polis tidak menemui dokumen pengenalan diri mangsa serta tiada kesan kecederaan.


Katanya, polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kematian serta motif utama pembunuhan kerana tiada sebarang tanda kecederaan ditemui pada mayat itu.

“Bagaimanapun, keadaan mayat yang terikat dengan kemaluan yang sengaja didedahkan mungkin boleh memberi petunjuk bahawa kes itu kemungkinan besar bermotifkan dendam,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, untuk bedah siasat.

©Eriyza : Sudahlah dibunuh, diaibkan pula.

Via : Berita Harian



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.