Jul 25, 2013

Pewaris Britain Dinamakan Putera George Alexander Louis


Selepas dua hari dilahirkan, Duke dan Duchess of Cambridge telah menamakan putera mereka sebagai George Alexander Louis. Pewaris ketiga takhta diraja Britain itu akan digelar His Royal Highness Prince George of Cambridge. Pasangan William ♥ Kate meninggalkan Istana Kensington bersama putera mereka untuk ke rumah ibu bapa Kate di Bucklebury, Berkshire kerana Kate akan berpantang di sana.


Pemilihan nama George dianggap sinonim dengan institusi diraja kerana 6 raja terdahulu turut bernama George. Alexander pula sebagai penghargaan kepada nenek (great-great-grand mother) Ratu Elizabeth iaitu Ratu Alexandra dari Denmark, isteri kepada Raja Edward ketujuh. Mungkin tidak ramai yang tahu Louis diambil bersempena nama keempat ayahandanya sendiri iaitu Putera William Arthur Philip Louis.


Putera George Alexander Louis merupakan pewaris takhta Britain ketiga selepas Putera Charles dan Putera William manakala bapa saudaranya, Putera Henry merupakan pewaris keempat. Pasangan William ♥ Kate berkahwin pada 29 April 2011.

©Eriyza : Semoga William ♥ Kate menjadi ibu bapa yang penyayang.

Via : DailyMail


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.