Apabila hujan berhenti, katak akan saling bersahut-sahutan membuat bising untuk memanggil hujan turun semula. Ini jelas menggambarkan bahawa haiwan itu gemar akan hujan. Lain pula halnya bagi seekor katak apabila dia memilih untuk berpayungkan daun tatkala hujan membasahi bumi.
Pemandangan menakjubkan ini berjaya dirakam oleh lensa kamera Penkdix Palme, 27, di Jember, Timur Jawa, Indonesia. Dia baru saja berjinak-jinak dengan dunia fotografi sejak 6 bulan lalu.
Menurut Penkdix, amfibia itu menjadikan daun sebagai payung selama lebih kurang 30 minit. Fenomena sebegini pastinya menjadi satu momen indah buat jurugambar baru sepertinya.
©Eriyza : Teringat lagu duet Iwan dan Amelina berjudul Memori Daun Pisang.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.