Harapan rakyat Malaysia untuk melihat Datuk Lee Chong Wei muncul sebagai pemenang badminton dunia berkecai apabila atlit kebanggaan negara itu terpaksa menarik diri di set ketiga ketika ketinggalan 17 - 20 dalam perlawanan akhir Kejohanan Dunia 2013 di Guangzhou, China pada hari Ahad, 11 Ogos 2013.
Musuh tradisinya, Lin Dan ternyata masih berbisa apabila dinobatkan sebagai Juara Badminton Dunia buat kali kelima dengan skor 16-21, 21-13, 20-17. Lin Dan yang menyifatkan Lee Chong Wei sebagai lawan yang hebat kembali ke kancah badminton dengan wild card setelah berehat dari sebarang pertandingan selama setahun.
Lin Dan berada di kedudukan 286 ranking dunia ekoran cuti panjangnya itu. Namun, itu bukan alasan apabila dia berjaya membuktikan bahawa dia masih lagi berbisa dengan memberikan saingan sengit kepada Lee Chong Wei.
Lee Chong Wei mengalami kekejangan otot sehingga memaksa dia menghentikan perlawanan sebanyak dua kali sebelum mengambil keputusan untuk menarik diri. Lin Dan dilihat cukup mengambil berat tentang keadaan lawannya itu apabila dia turut mencangkung bersama Lee Chong Wei yang kesakitan.
Penulis yang menyaksikan perlawanan langsung itu dari awal hingga tamat cukup terharu apabila Lin Dan turut mengangkat Lee Chong Wei ke atas pengusung untuk dirawat di hospital. Terima kasih Lin Dan.
©Eriyza : Lin Dan dan Lee Chong Wei selamanya di hati sebagai lagenda bandminton dunia.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.