Seorang lelaki, Lorenzo Riggins, menelefon 911 untuk membuat aduan tentang pekerja McDonald di East Albany, Georgia yang tidak memberi makanan mengikut pesanan yang dibuatnya. Dia membuat bayaran untuk tujuh McDoubles, satu McChicken dan kentang goreng sebaliknya kekurangan sebiji McDoubles ketika dia memeriksa semula pesanannya.
Justeru, dia meminta semula sebiji lagi McDoubles tetapi layanan pekerja restoran makanan segera itu tidak memuaskan hatinya. Dia akhirnya membuat aduan ke talian 911. Sebaik polis tiba di tempat kejadian, bukan pekerja McDonald yang ditangkap tetapi Riggins yang ditahan.
Dia didakwa menyalahgunakan talian kecemasan dan telah dipenjarakan sehari di Penjara County Doughtery. Walaubagaimanapun, tuduhan ke atasnya digugurkan pada keesokan harinya. Timbalan Pengarah 911, Jim Vaught menegaskan bahawa talian 911 bukan tempat aduan rmeeh-temeh kerana ia diwujudkan untuk tujuan kecemasan. Hukuman ke atas Riggins diharap dapat menjadi pengajaran kepada orang lain.
©Eriyza : Orang yang membuat panggilan palsu terhadap talian kecemasan Malaysia patut dihukum juga.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.