Salam lebaran buat semua pembaca blog ini. Terima kasih kerana terus setia menjadi pembaca di sini. Tahun ini, umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Khamis, 080813. Penulis memohon maaf seandainya ada tulisan penulis yang mengguris hati mana-mana pihak.
Tahun ini perayaan Aidilfitri kami sekeluarga tidaklah meriah mana ekoran ayahanda mengalami sedikit masalah kesihatan. Ayahanda dimasukkan ke wad pada dinihari 010813 dan dibenarkan keluar pada 050813. Justeru, kami tidak membuat rumah terbuka tetapi tetap menerima kehadiran tetamu yang berkunjung.
Doa dan harapan semoga ayahanda segera sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.
©Eriyza : Selamat ulangtahun blog yang ke-9 pada 030813 lalu.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.