Sep 22, 2013

Bayi 4 Bulan Jadi Tebusan


Bukit Mertajam: “Saya lihat polis cuba memujuk lelaki mendukung bayi itu, tapi dia bertindak agresif dengan melibas parang ke arah polis sebelum polis menembak kakinya.”

Demikian kata saksi mahu dikenali sebagai Din mengenai ‘drama’ seorang lelaki yang menjadikan bayi perempuannya berusia empat bulan sebagai tebusan bagi mengelak ditahan polis, di Kampung Bukit Teh, di sini, semalam.

Malah, suspek berusia 26 tahun turut mengugut membunuh anak keduanya itu dengan mengacu satu daripada dua parang dipegangnya ke leher bayi itu.

Din berkata, ketika kejadian jam 9.45 pagi, dia sedang menjalankan kerja mengukur tanah di kawasan itu sebelum melihat seorang lelaki berlari sambil mendukung seorang bayi.

“Lelaki itu cukup agresif, namun polis berjaya menembaknya dan mujur bayi didukung lelaki itu dapat diselamatkan,” katanya.

©Eriyza : Lelaki sebegini tidak layak jadi bapak.

Via : Harian Metro



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.