Sep 12, 2013

Jatuh Tebing Kerana Anak Anjing


Seorang pemilik anjing mati dan tunangnya cedera parah apabila mereka jatuh sambil berpegangan tangan ke bawah tebing setinggi 150 kaki ketika cuba menyelamatkan anjing mereka.


Rhys Clark, 27, dari Poland dan tunangnya Ania Galanska, 25, sedang berjalan di sepanjang tebing di selatan Wales apabila anjing yang dinamakan Sherlock itu terjatuh ke tepi tebing.

Mereka segera turun beberapa kaki ke bawah tebing untuk menyelamatkannya tetapi tergelincir lalu jatuh ke pantai yang dipenuhi batu kerikil.

Clark meninggal dunia serta-merta tetapi tunangnya cedera parah dengan pelbagai keretakan di seluruh badan. orang ramai yang meilhat kejadian itu melaporkan kepada penyelamat pantai dan helikopter RAF dipanggil ke tebing di Southerndown, berhampiran Bridgend untuk membawa kedua-duanya ke hospital.

Pasangan itu telah mengambil anjing terbiar, yang dipanggil Sherlock, dari pusat menyelamat dua bulan lalu. Clark, seorang jurutera dari Hay-on-Wye, bertemu Galanska di Universiti Cardiff tiga tahun lalu. Mereka berkongsi sebuah flat di Cardiff Bay dan sedang merancang untuk berkahwin.

©Eriyza : Semoga Cik Ania tabah menerima takdir.

Via : Metro UK



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.