Seorang pengantin baru didakwa atas tuduhan membunuh suaminya hanya selepas 8 hari mereka berkahwin. Jordan Linn Graham, 22, menolak suaminya Cody Lee Johnson, 25, yang berasal dari Kalispell , Montana, dari tebing tinggi.
Graham memberitahu ejen FBI bahawa dia dan suaminya telah bertengkar ketika mereka berjalan di kawasan Loop Trail, Glacier National Park pada 7 Julai lalu.
Ketika dia melangkah untuk meninggalkan suaminya sendirian, Johnson telah menarik lengannya. Dia segera memusingkan badan, merentap lengannya lalu bertindak menolak bahagian belakang tubuh suaminya dengan kedua-dua tangan. Johnson jatuh dari tebing tinggi dalam keadaan tertiarap.
Pada mulanya, Graham menipu pihak berkuasa dengan mengatakan bahawa suaminya tidak pulang ke rumah setelah keluar dengan rakan-rakan yang tidak dikenali. Namun, jenayahnya terbongkar apabila rakannya memberitahu pihak berkuasa bahawa Graham pernah merungut menyesal berkahwin dengan Johnson.
©Eriyza : Jika belum bersedia, jangan kahwin walaupun dilamar.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.