Dec 4, 2013

Banjir Besar Di Kemaman 2013


Tanggal 3.12.13 (Selasa), banjir melanda banyak kawasan di Pantai Timur. Antara tempat yang paling teruk terjejas di Terengganu ialah Kemaman. Saudara-mara penulis juga turut terlibat dalam musibah ini.

Banjir tahun ini lebih besar berbanding tahun lepas. Jika tahun lalu emak saudara penulis tidak berpindah tetapi tahun ini mereka terpaksa mencari perlindungan di tempat lain ekoran banjir yang memasuki kawasan rumah.



Doa dan harapan agar banjir segera surut supaya semua mangsa dapat pulang ke rumah. Semoga semua mangsa banjir selamat di mana saja mereka berada samada di pusat pemindahan atau rumah saudara-mara.

©Eriyza : Baru pulang melihat mangsa banjir.

Via : Facebook



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.