RANTAU PANJANG - Sepasang pengantin baru dari Kampung Pusu Sireh, Lubok Setol, di sini terpaksa menumpang rumah jiran untuk melangsungkan perkahwinan mereka apabila rumah pengantin perempuan yang menjadi lokasi majlis tersebut dinaiki air paras pinggang, sejak semalam.
Pengantin lelaki, Muhamad Muslim Muhamad Zuki, 20, berkata, dia terkejut dengan keadaan banjir di kampungnya berikutan segala persiapan telah dirancang dengan rapi pada hari bersejarah mereka.
"Saya terkejut melihat keadaan kampung kami kerana semuanya telah dirancang dan saya buat solat hajat supaya pada hari bersejarah kami, tidak berlaku banjir.
"Namun, saya reda dengan keadaan ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di kampung tersebut di sini hari ini.
Bagaimanapun katanya, dia dan pasangannya, Suabah Osman, 18, tetap bersyukur kerana majlis itu berjalan lancar walaupun dalam keadaan banjir, malah majlis itu lebih istimewa daripada apa yang dijangkakan.
"Kami bersyukur kerana dalam keadaan kelam kabut, kami mendapat bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang.
"Mereka membantu kami mengangkut semua peralatan rombongan ke rumah jiran untuk memudahkan kami melangsungkan majlis tersebut," katanya yang merupakan seorang guru di Pondok Al-Hidayah, Klang, Selangor.
Beliau juga bersyukur semua peralatan rombongan dan hantaran berada dalam keadaan baik.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan Azmi Osman meminta penduduk supaya sentiasa bersedia untuk berpindah memandangkan paras air semakin meningkat dari semasa ke semasa.
"Apa yang kita dapati di kawasan Rantau Panjang buat masa ini, kerja-kerja pemindahan belum dilakukan secara besar-besaran walaupun paras air di Sungai Golok di paras bahaya manakala keadaan di kawasan lain belum kritikal," katanya.
©Eriyza : Selamat pengantin baru.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.