Dec 5, 2013

Jambatan Sungai Limbong Runtuh


Sana sini orang bercerita tentang Jambatan Chukai yang telah runtuh. Penulis ada singgah di beberapa blog dan ada di antara mereka tidak memberikan fakta yang benar, mungkin mereka juga mengambil info dari sumber lain.


Sejujurnya penulis sendiri belum melihat keadaan sebenar Jambatan ini sejak ia dikhabarkan retak dan akhirnya jatuh jua ke Sungai Limbong pada tanggal 05122013, hari Khamis. Penulis tidak pasti nama sebenar jambatan ini tetapi ianya hanyalah sebuah jambatan kecil yang anda tidak akan perasan jika tidak memandang dengan betul.


Jambatan ini menghubungkan bandar Chukai dengan Pasar Besar Chukai. Sungai yang merentanginya pula dipanggil Sungai Limbong. Ia sebenarnya sudah lama wujud dan menjadi laluan utama penduduk Chukai ekoran jambatan yang terletak di jalan Sulaimani ini dijadikan laluan sehala beberapa tahun lalu.


Jambatan ini menjadi satu-satunya harapan warga Chukai untuk ke bandar apabila tibanya musim tengkujuh kerana laluan Chukai Utama ditutup akibat banjir. Kini, jambatan itu sudah runtuh dan turut ditutup kepada semua kenderaan. Entahkan bila ianya akan berganti baru, namun jasanya tetap dikenang sampai bila-bila.

©Eriyza : Jambatan Sungai Limbong, jasamu tetap terpahat di minda.

Via : DPP Malaysia



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.