Feb 23, 2006

Miraei by Kiroro

Sorang pembaca blog nih meminta aku mengizinkannya mendownload lagu latar blog nih. So, arinih aku akan letakkan link tuk lagu tersebut. Semoga Ratna gembira mendengonya.

Miraie - Flute Version

Miraie – Kiroro

Hora ashimoto wo mitegora u
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mitegora u
Are ga anata no mirai

Haha ga kureta - takusan no yasashisa
Ai wo idaite ayume to kurikaeshita
Ano toki wa mada osanakute imi nado shiranai
Sonna watashi no te wo nigiri
Issho ni ayundekita

Yume wa itsumo - sora takaku aru kara
Todokanakute kowai ne dakedo oitsuzukeru no
Jibun no SUTOORII dakara koso akirametakunai
Fuan ni naru to te wo nigiri
Issho ni ayundekita

** sono yasashi tawo toki ni wa iyagari
Hanareta haha e sunao ni narezu

Hora ashimoto wo mitegora u
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mitegora u
Are ga anata no mirai

Mirai e mukatte yukkuri to aruite yuko

Aku suker layan lagu nih. Syahdu lagik mendayu.
Saper suka lagu nih, sila senyum. Kekeke.

Feb 18, 2006

Kekeluargaan

Aku adalah seorang yang mementingkan hubungan kekeluargaan dan juga persahabatan. Bagi aku, keluarga adalah insan terapat yang mengetahui semuanya mengenai diri ini. Tentang sikap, minat, makanan kegemaranku dan sebagainya. Aku tingin berceloteh tentang ikatan kekeluargaan lam tulisanku kali nih.

Sepanjang pengamatan aku, remaja atau anak muda hari ini sudah tidak menghiraukan hubungan kekeluargaan. Lazimnya, mereka hanya mengenali sanak saudara yang tinggal berdekatan dengan mereka. Ada juga antara mereka yang hanya mengenali setakat pakcik/makcik/sepupu. Selebihnya tidak pula mereka kenali atau ketahui tempat tinggalnya. Tambah menyedihkan, pabila mereka ini langsung tidak berminat untuk mengenali darah daging mereka sendiri.

Selalunya, ibu bapa kita akan membawa kita mengenali ahli keluarga yang lain pada musim perayaan dan juga ketika kenduri kahwin. Malangnya, ramai diantara kita tidak suka memenuhi pelawaan ibu bapa untuk ke majlis tersebut. Akibatnya, sanak saudara yang bau-bau bacang ngan kita sudah jadik semakin jauh kerana saling tidak mengenali. Natijahnya, kadangkala kita seniri tidak sedar bercinta dengan sedara seniri. Pabila tiba hari bertunang, baru laa masing² mengetahui bahawa mereka bersaudara.

Aku dikira beruntung kerana menjadi "driver" kepada ibu bapaku membuatkan aku mengenali ramai sedara mara dekat mahupun jauh. Maklumlah ibu bapaku sering memenuhi undangan perkahwinan, jadik mereka akan memperkenalkan aku kepada keluarga yang lain. Dari situ laa aku mengenali dua pupu, tiga pupu, moyang sedara dan pelbagai lagik gelaran yang ada. Akhirnya, hubungan kekeluargaan makin mesra kerana sering bertemu. Selain daripada menghadiri majlis tertentu, ibu bapaku juga suka menjejaki sanak saudara mereka yang berada di tempat tertentu. Sebagai contohnya, bebaru ini kami mengunjungi rumah dua pupu ayahku dan kemudiannya kami pergi ke rumah sepupu ibuku pula. Kedua²nya ramah dan mesra.

Begitu laa serba sedikit cerita aku mengenai ikatan persaudaraan. Bagaimana pula agaknya dengan korang? Adakah korang mengenali sedara mara korang yang jauh atau sekadar mengenali sepupu sahaja? Aku menyeru kepada diri seniri dan juga pembaca blog ini supaya saling mencari waris masing². Perkukuhkan silatulrahim antara kita.

Jan 25, 2006

Makan

Aku suka makan. Korang pun tentu suka makankan? Aku punya tabiat mengenai makan yang aku bawak sejak kecik dulu hingga laa aku sedewasa ini. Sebenarnya aku suka menyimpan dahulu makanan kegemaran aku. Maksud aku, makanan tersebut adalah yang terakhir aku makan. Aku berasa agak sayang untuk makan makanan tersebut di awal suapan. Maklum laa, makanan tersebut lazat lagik sedap. Kadangkala, kalau aku makan bersama keluarga, sekiranya ada di antara mereka yang masih belum selesai makan, aku akan ambil sedikit makanan yang sedap tersebut. Akibatnya, aku akan dimarahi oleh mereka. Ini kerana, mereka juga gemar menyimpan makanan tersebut.

Walaupun, kami tidak berebut makanan, tapi sekurang²nya aku akan dapat makan lebih sedikit makanan yang lazat itu sebab aku telah mengambil makanan mereka. Tetapi sekarang, adik² aku sudah mula pandai berjimat, mereka akan makan jauh dari aku sekiranya mereka mempunyai makanan yang sedap. Akhirnya, tidak dapat laa aku meminta makanan dari mereka lagi. Ada masanya, mereka sendiri akan memberikan makanan tersebut kepada aku kerana mereka sudah kekenyangan. Walhal, itu santapan kegemaran mereka. Sebaiknya, korang makan lebih cepat dari orang lain, sekurang²nya korang dapat makan banyak makanan lazat sekiranya teman di sebelah sudah tidak larat menghabiskannya. Begitu laa taktik aku. Apa pula taktik korang??