Jun 19, 2006

Akademi Fantasia 4

Rich [Kokondong] - Tersingkir Pada Konsert Ketiga


Ade pembaca blog nih yg minat layan Akademi Fantasia 4 tak? Arinih penulis nak kasik link tuk memuat turun lagu² dari rancangan realiti tersebut. Sekalung terima kaseh buat Incik Kerepek yang telah merajinkan dirinya untuk memuat naik [huhu.. kata lawan bg muat turun :p] seme lagu² nih.

Berbicara tentang AF4 nih, penulis mahu menjadik pengkritik bukan jemputan tuk mengkritik plak para pengkritik pada minggu lepas. Walopun penulis tidak mahir lam bidang vokal dan nyanyian tetapi penulis masih tahu menilai bagus ato sumbang nyanyian para pelajar AF4. Pada pengamatan, pendengaran dan penjurian penulis, adalah tidak wajar sama sekali pengkritik ketiga mencemuh persembahan Rich dengan memuntahkan ayat "munafik". Walaupun persembahan Rich agak kurang mantap pada hari itu, namun sebaiknya ditegur dengan ayat yang lebih sopan.

Begitu juga dengan pengkritik tetap yang memberi komen tentang persembahan Faizal pada konsert ketiga, dia tidak sepatutnya mengeluarkan kata² pedas seperti "jangan ambil ganja". Nampak sangat sikap tidak profesionalnya dengan menjatuhkan air muka orang lain di khalayak ramai. Walopun sindiran itu diucapkan kepada Faizal, namun ramai yang tahu bahawa dia memerli Saleem. Pihak Astro patut menitikberatkan gaya bahasa yang perlu dituturkan oleh pengkritik agar tidak ada pihak keluarga pelajar yang berkecil hati atau penonton sendiri meluat dengan pengkritik yang angkuh lagik melampau.

Akademi Fantasia 4 - Konsert Ketiga
Akademi Fantasia 4 - Konsert Kedua
Akademi Fantasia 4 - Konsert Pertama
Akademi Fantasia 4 - Konsert Prelude

Orait, selamat mendownload. Layan jangan tak layan.

2 Comment

allaboutharif Tue Jun 20, 01:08:00 AM

Velvet kot yg menang :P

na

nak konsert ke 7. bleh upload tak? hihi thanks

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.